JOHOR BAHRU 15 Okt. – Bajet 2018 yang dibentangkan pada 27 Oktober ini akan memberi fokus terhadap kesejahteraan rakyat.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah berkata, bajet tersebut turut memberi fokus dalam bidang keusahawanan.

“Agenda utama bagi pembentangan bajet itu nanti adalah berhubung kesejahteraan rakyat, melibatkan isu seperti kos sara hidup dan pertumbuhan ekonomi.

“Namun secara teliti, kita tunggu pembentangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 Oktober ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian program BAHTERA 2017 Edisi Selatan yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE