Al Irfan Jani, atau nama penuhnya, Mazni Al Irfan bin Jani, berasal dari Johor Bahru, dan mendapat pendidikan di MRSM Mersing 2003, UTM 2005, dan Kejuruteraan Elektronik (Digital) di Shizuoka, Jepun 2009. Al Irfan Jani, seorang usahawan yang menjalankan bisnes sebagai jurulatih pemasaran dan trading, khususnya produk berasaskan herba dan kesihatan. Pengalaman menguruskan penerbitan buku tulisan beberapa ikon negara seperti Tn. Shamsuddin Kadir (Kewangan), Suzardi Maulan (Kewangan), YM Dr. Tengku Asmadi (motivasi), Prof. Dr. Muhaya (Motivasi) dan ramai lagi, menjadikan beliau sehingga kini.

irfan02

Seorang pengamal teknik pemasaran Storytelling. Beliau menerajui idea Salestory-Telling, membimbing rakan usahawan melalui grup yang dibangunkan olehnya, dengan kepercayaan bahawa melalui STORI, kita dapat menyampaikan iklan dalam bentuk yang bukan iklan. Pernah terlibat dalam bidang perbukuan motivasi dan bisnes, kini beliau menerbitkan buku sendiri demi menyampaikan teknik-teknik pemasaran gaya bercerita.

irfan03

Selain bidang bisnes, antara industri yang masih beliau tekuni sehingga kini, adalah bidang Automation Process & Control. Dengan sedikit pengetahuan dalam bidang perisian dan robotik, beliau memberikan servis konsultansi membantu syarikat yang ingin automasikan proses pembuatan, pengurusan HR dan hubungan pelanggan.