• Bahtera 2015

    Bahtera 2015

    Program BAHTERA pertama kali diadakan pada tahun 2015 di KLCC yang telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Program ini berlangsung selama dua hari (19 hingga 20 Ogos 2015) bertujuan untuk meningkatkan hubungan usahawan Bumiputera dengan agensi kerajaan, swasta dan NGO yang terlibat secara lansung atau tidak lansung dalam aktiviti pembangunan keusahawanan di Malaysia. Dengan tema “Bumiputera of Tomorrow”, program BAHTERA telah menyasarkan penglibatan semua peringkat usahawan dan komuniti perniagaan Bumiputera. Pendekatan tersebut ternyata telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dengan pendaftaran lebih 15,000 peserta.

    Read More