imam-muda-aysrafMuhammad Asyraf Mohd Ridzuan merupakan juara pertama program pencarian imam di kalangan generasi muda iaitu Imam Muda. Pada mulanya bersekolah di SRK Sri Aman Kg Melayu Pulau Pinang dari tahun 1991-1996. Kemudian ke Maahad al-Mashoor al-Islami di Sg Batu Teluk Kumbar Pulau Pinang dari tahun 1997-1999 iaitu tingkatan 1- tingkatan 3. Kemudian ke Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat, Repek, Pasir Mas Kelantan dari tahun 2000-2001. Dan mengubah haluan mengambil SPM di Maahad Tarbiyyah Islamiyyah ( MATRI), Beseri, Perlis pada tahun 2001-2002. Melanjutkan pelajaran ke Peringkat Diploma Qiraat di Maahad Tahfiz Pulau Pinang pada tahun 2003-2006. Kemudian Ijazah Sarjana Muda Syariah Pengkhususan Fiqh dan Usul di Universiti Malaya. Dan kini sedang menyiapkan Sarjana juga di Univiersiti Malaya dalam bidang yang sama. Sebelum ini pernah bertugas sebagai Imam di Masjid Desa Petaling Kuala Lumpur.