PROGRAM SUKARELAWAN LAKSAMANA BAHTERA

LATAR BELAKANG PROGRAM

“Laksamana Bahtera” adalah program sukarelawan untuk pelajar-pelajar universiti dan kolej, ataupun usahawan muda, sebagai “krew” persidangan Bahtera.

KRITERIA PENYERTAAN

  • Sesiapa sahaja yang berumur 35 tahun ke bawah (terutama sekali pelajar-pelajar atau kakitangan universiti dan kolej)
  • Mempunyai “smart phone” sendiri
  • Mempunyai pengikut sosial media seramai 400 orang ke atas (jumlah ini kombinasi Facebook, Instagram, Twitter, dan LinkedIn)

GANJARAN MENJADI LAKSAMANA

  1. Bayaran RM150
  2. Baucar makan
  3. T-Shirt
  4. Kelas Sosial Media “Cara-cara Posting Yang Berkesan Mengikut Kaedah Berita Astro Awani”. Kelas ini dijalankan semasa Taklimat 13 Oktober 2017.
  5. Sijil Penyertaan dari New Entrepreneurs Foundation (myNEF) dan Astro Awani
  6. Menjadi ahli Kelab Awani Rangers

TANGGUNGJAWAB ANDA

  1. Hadir di Persada Johor pada Jumaat 13 Oktober 2017 jam 4 petang hingga 6.30 petang untuk Taklimat dan Pelantikan Laksamana Bahtera
  2. Hadir di Persada Johor pada hari Sabtu dan Ahad, 14-15 Oktober 2017 jam 8 pagi hingga 7 malam setiap hari
  3. Tugas Khusus
    1. Anda akan diberi tugas sebagai “Support Crew” di kelas atau workshop
    2. Sebagai “Pendaftar Kelas & Bengkel”: Anda akan diberi aplikasi mobile untuk mendaftar peserta yang hadir
    3. Sebagai “Pegawai Borang Penilaian”: Anda perlu mengedarkan dan kutip Borang Penilaian di kelas yang anda ditugaskan
    4. Sebagai “Pegawai Media Sosial”:  Anda perlu membuat beberapa posting di laman sosial media anda sepanjang kelas dijalankan.

Jika anda berminat, klik butang di bawah.

program ini dikelolakan untuk Bahtera 2017 oleh