mohdzakiMohd Zaki Bin Salleh atau nama penanya Zack StyLo Full di media sosial facebook, instagram dan wechat merupakan seorang Usahawan Jalanan yang terkenal di Malaysia. Beliau merupakan Founder kepada Jenama Roti Bakaq Teloq Meleleh dan mempunyai 169 Rangkaian Licensing Di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak & Brunei dengan hanya mengambil masa 1 tahun 6 bulan sahaja proses itu berlaku. Pada tahun 2012 – 2014, beliau telah menggemparkan Pasaran Malaysia dengan Perniagaan Kek Coklat jenama Extra Moist Chocolate Cake dan menembusi pasaran Semenanjung Malaysia dan Jakarta Barat Indonesia.

Bakat beliau dalam bidang perniagaan banyak diasah oleh ibu bapa yang telah berniaga sejak dari beliau kanak-kanak ketika berusia 7 tahun dengan menjaja ais cream Malaysia dari rumah ke rumah.

Setelah perniagaan Extra Moist Chocolate Cake telah mengalami penurunan permintaan yang sangat mendadak di pasaran pada hujung tahun 2014, Mohd Zaki Salleh telah BANGKIT KEMBALI dengan KEBANGKITAN KALI KEDUA dengan PANTAS melalui perniagaan Roti Bakaq Teloq Meleleh. Bagi diri beliau, KEGAGALAN BUKAN LAH PENGHALANG UNTUK BANGKIT BUAT KALI KEDUA. Apa yang penting adalah SEMANGAT untuk berjuang dalam dunia perniagaan tetap sebati dalam sanubari dan dengan kekuatan itu, beliau terus bersemangat untuk terus BERANI BERNIAGA.