saiful-e1461316650160-150x150-c-centerMerupakan Pengarah urusan dan Pengasas Sambio Resources Sdn Bhd. Sambio Resources merupakan perusahaan sosial yang mengumpul , menyimpan dan memasar minyak masak terpakai.  Beliau menyedari minyak masak terpakai ini mempunyai nilai tetapi telah dibazirkan di Malaysia yang mana kebanyakannya dibuang di dalam longkang. Kerana potensi pasaran ini masih belum diterokai syarikat Sambio Resources Sdn Bhd mula mengumpul minyak masak terpakai dari perusahaan komersial dan juga individu.